MARYLAND, 4 Julai - Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memaklumkan keputusan sama ada kumpulan Hamas Palestin bersetuju untuk menerima apa yang disebutnya sebagai "cadangan akhir" untuk gencatan senjata Israel-Hamas di Gaza akan diketahui dalam tempoh 24 jam.
Cadangan itu termasuk pembebasan berperingkat 10 tebusan Israel yang masih hidup dan pemulangan 18 mayat sebagai pertukaran untuk tahanan Palestin yang ditahan di penjara Israel.
Daripada 50 tebusan yang tinggal di Gaza, 20 orang dipercayai masih hidup.
Seterusnya, bantuan akan memasuki Gaza serta-merta, dan tentera Israel akan melakukan pengunduran berperingkat termasuk rundingan akan segera dimulakan dengan gencatan senjata kekal. - REUTERS