fb fb fb fb fb

Mayat kanak-kanak jatuh dalam lubang konkrit dibawa keluar

DONG THAP, 21 Januari- Pasukan penyelamat di Vietnam berjaya membawa keluar mayat kanak-kanak lelaki dari lubang konkrit di sebuah tapak pembinaan, tiga minggu selepas mangsa terperangkap.

Thai Ly Hao Nam, 10 tahun terjatuh ke dalam lubang seluas 25 sentimeter dan sedalam 35 meter ketika mencari besi buruk pada 31 Disember lalu.

Mayat Nam dibawa keluar menggunakan peralatan khas semalam selepas penyelamat berjaya memasuki lubang tersebut.

Pihak berkuasa memaklumkan, kerja menyelamat mengambil masa yang lama disebabkan risiko runtuhan berterusan di sekeliling tiang tersebut.

Mayat Nam ketika ditemui masih dalam keadaan sempurna dan telah dituntut oleh keluarganya untuk disemadikan.

(Antara jentera yang digunakan dalam misi mengeluarkan mayat Thai Ly Hao Nam, 10 tahun
yang terjatuh ke dalam lubang sedalam 35 meter / Foto AFP)

Kejadian hujung tahun lalu yang menggemparkan Vietnam itu menyaksikan beratus-ratus penyelamat, termasuk askar dan pakar kejuruteraan dikerah menyelamatkan mangsa dalam kejadian di wilayah Dong Thap, Delta Mekong.

Selepas empat hari, pihak berkuasa mengisytiharkan Nam telah meninggal dunia dan memaklumkan bahawa usaha membawa keluar mayatnya adalah sukar.-AFP

Media Baharu