fb fb fb fb fb

500 penduduk dipindahkan susulan kebakaran di Seoul

SEOUL, 21 Januari- Sekurang-kurangnya 500 penduduk dipindahkan apabila kebakaran memusnahkan sekurang-kurangnya 60 buah rumah di perkampungan di Shanty, di sini.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut pihak bomba, kebakaran yang berlaku pada 6.27 pagi semalam itu berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 11.46 pagi.

Pegawai dari Balai Bomba Gangnam, Shin Yong Ho memberitahu, setakat ini tiada laporan mengenai kematian atau kecederaan dan kebakaran melibatkan kawasan seluas kira-kira 2,700 meter persegi.

Lebih 900 anggota bomba serta pegawai polis dikerah ke lokasi kejadian.

(Rakaman dron menunjukkan kebakaran berlaku di
perkampungan Guryong / Foto REUTERS)

Terdapat kira-kira 666 isi rumah mendiami kampung berkenaan.

Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol yang kini dalam lawatan ke Switzerland untuk menghadiri forum Davos, menggesa usaha maksimum dalam menggerakkan semua anggota bomba dan peralatan yang ada untuk memastikan tiada yang terkorban dalam kejadian itu.-REUTERS

Media Baharu