fb fb fb fb fb

Lima maut, lima cedera dalam kejadian tembakan di Georgia

SAGAREJO, 21 Januari- Sekurang-kurangnya lima orang termasuk seorang pegawai polis terbunuh, manakala lima lagi cedera dalam kejadian tembakan di timur Georgia.

Kementerian Dalam Negeri memaklumkan, penyerang melepaskan tembakan dari balkoni sebuah pangsapuri di bandar Sagarejo.

Kenyataan sama menyebut, penyerang turut melepaskan tembakan ke arah kakitangan Kementerian Dalam Negeri.

Selepas pasukan keselamatan tambahan dikerah ke tempat kejadian, penyerang mungkin membunuh diri dengan menggunakan senjata api.

(Ambulans tiba di lokasi kejadian untuk membawa mangsa
terlibat ke hospital / Foto REUTERS)

Menteri Dalam Negeri Georgia, Vakhtang Gomelauri berkata, penyerang telah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Georgia dari 2006 hingga 2021.

Pihak berkuasa telah memulakan siasatan terhadap serangan itu.-REUTERS

Media Baharu