fb fb fb fb fb

'Toadzilla' seberat hampir tiga kilogram ditemui

QUEENSLAND, 21 Januari- Renjer taman Australia percaya kodok gergasi yang ditemui di hutan utara negara itu adalah terbesar pernah dijumpai.

Digelar 'Toadzilla', kodok berkenaan ditemui Kylee Gray ketika rondaan rutin di Taman Negara Conway Queensland pada 12 Januari lalu.

Kodok gergasi seberat 2.7 kilogram itu diyakini terberat dan terbesar selepas Rekod Dunia Guiness untuk spesis itu dicatat adalah 2.65 kilogram pada 1991 di Sweden.

Toadzilla mula ditemui di Australia pada 1935 dan menjadi ejen penting petani bagi mengawal kumbang perosak tanaman terutamanya tebu.

Bagaimanapun spesis kodok tersebut mula mengundang ancaman kepada ekologi berikutan keupayaan membiaknya yang tinggi.

Kodok betina mampu bertelur sehingga 35,000 biji pada satu-satu masa yang mencetuskan ekosistem pembiakan yang tidak terkawal.

(Seorang renjer hutan menunjukkan kodok gergasi yang ditemui
seberat 2.7 kilogram / Foto REUTERS)

Malah, bahagian kitaran pembiakan kodok juga beracun kepada spesis hutan asli yang lain.

Susulan itu, Toadzilla berkenaan akan dimatikan dan diderma kepada Muzium Queensland untuk pameran dan penyelidikan.-REUTERS

Media Baharu