fb fb fb fb fb

Chris Hipkins sedia jadi PM New Zealand baharu

SYDNEY, 21 Januari- Chris Hipkins bersedia menggantikan Jacinda Ardern sebagai perdana menteri yang baharu selepas muncul sebagai satu-satunya calon yang dicalonkan untuk mengetuai Parti Buruh.

Menurut Parti Buruh, Hipkins yang berusia 44 tahun dijangka disahkan sebagai pemimpin baharu New Zealand pada Ahad.

Hipkins pertama kali dipilih sebagai ahli parlimen untuk Parti Buruh pada 2008.

"Hipkins menjadi terkenal selepas menjadi muka hadapan kerajaan New Zealand semasa penularan COVID-19 apabila dilantik sebagai menteri bertanggungjawab menguruskan wabak itu pada November 2020. Beliau ketika ini menjawat jawatan menteri untuk polis pendidikan, perkhidmatan awam dan berkhidmat sebagai ketua dewan," katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, Ardern mengumumkan peletakan jawatan perdana menteri, kurang tiga tahun selepas memperoleh kemenangan besar untuk penggal kedua dalam pilihan raya.

Ardern yang berusia 42 tahun berkata beliau tidak lagi mempunyai kekuatan untuk memegang jawatan itu.

Ardern dilantik sebagai perdana menteri ketika berusia 37 tahun pada 2017.

Beliau antara ketua negara wanita termuda di dunia menjadi Perdana Menteri.- AFP


(Foto AFP)

Media Baharu