fb fb fb fb fb

Lapan murid mabuk kerana cabaran TikTok

MEXICO CITY, 21 Januari- Pihak berkuasa Mexico memberi amaran bahaya tentang cabaran di aplikasi TikTok yang menyebabkan murid sekolah mabuk selepas mengambil ubat terkawal.

Dengan tanda pagar "The last one to fall asleep wins" cabarannya menahan mata selepas mengambil Clonazepam, ubat digunakan untuk merawat sawan, serangan panik dan kebimbangan.

Kesan sampingan ubat berkenaan adalah mengantuk.

Menurut Jabatan Keselamatan Awam Mexico City seramai lima orang kanak-kanak bawah umur mabuk di sebuah sekolah di sini selepas membuat cabaran berkenaan.

Ketua Setiausaha Kesihatan Nuevo Leon, Alma Rosa pula berkata tiga kes sama turut berlaku di utara Nuevo Leon.

"Cabaran yang sedang tular itu menyebabkan kesihatan orang ramai terancam. Orang ramai dilarang meniru cabaran berbahaya itu. Ibu bapa diminta mengawasi anak masing-masing untuk mengelakkan insiden sama berulang" katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Beberapa pengguna TikTok dilihat merakam diri sendiri selepas mengambil pil tersebut untuk melihat kesannya.

Bagaimanapun, terdapat pengguna lain yang menyiarkan tentang bahaya cabaran terbabit di aplikasi itu. - AFP


(Foto AFP)

Media Baharu