fb fb fb fb fb

Beijing tambah baik kemudahan kesihatan di hospital

BEIJING, 21 Januari- Hospital-hospital di Beijing meningkatkan kemudahan kesihatan terutamanya dalam menangani COVID-19.

Di Hospital Tsinghua Changgung Beijing (BTCH), kakitangan perubatan bekerja sepanjang masa untuk merawat pesakit mereka.

Menurut Presiden BTCH, Dong Jiahong, pihaknya menambah lebih banyak katil untuk pesakit bagi menangani lonjakan jangkitan COVID-19.

"Kami telah memperluaskan bilik kecemasan dua kali lebih besar daripada sebelumnya untuk menampung lebih ramai pesakit COVID-19, pesakit kecemasan dan pesakit serius," katanya ketika ditemu bual pemberita di sini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengurusan BTCH, Xie Zhiyi pula berkata pihaknya menyediakan lebih 1,000 kakitangan perubatan dan ratusan pembantu perubatan untuk pesakit.

"Kami akan melakukan yang terbaik kerana ini adalah tugas dan misi kami," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan pengarah dari Pusat Penjagaan Kesihatan Komuniti Utara Tiantongyuan, Wang Zhong berkata pihaknya telah menyediakan perkhidmatan penjagaan di rumah kepada lebih 8,000 pesakit COVID-19.

"Kami telah menyediakan perkhidmatan ini sejak dua bulan lalu. Ia sangat penting untuk membina sistem penjagaan kesihatan kita," katanya. - AFP


(Foto AFP)

Media Baharu