fb fb fb fb fb

Masalah bekalan elektrik di Pakistan semakin pulih

KARACHI, 24 Januari - Kerajaan Pakistan mula memulihkan bekalan elektrik kepada jutaan penduduknya pada Isnin, berikutan gangguan bekalan akibat kerosakan sistem penghantaran bekalan elektrik menyebabkan antara gangguan bekalan paling teruk negara itu.

Ini sekaligus menyerlahkan infrastruktur lemah negara yang banyak berhutang itu.

Di Karachi, pasar-pasar bergelap dengan penjana kuasa membolehkan peniaga memasang lampu.

Satu penyiasatan telah dilancarkan untuk mengenal pasti punca gangguan bekalan yang berlarutan lebih 12 jam semasa kemuncak musim sejuk.

Menteri Tenaga, Khurram Dastgis menyatakan pada petang Isnin, bahawa pihak berkuasa telah mula mengembalikan bekalan elektrik di seluruh negara.

Menurutnya lagi, gangguan bekalan itu disebabkan lonjakan voltan, adalah kegagalan grid utama kedua dalam tempoh tiga bulan.

(FOTO REUTERS)

Masalah ketiadaan bekalan elektrik dialami hampir 220 juta penduduk Pakistan hampir setiap hari.- REUTERS

Media Baharu