ENGLAND, 24 Januari - Seorang kanak-kanak lelaki Britain yang boleh membaca ketika berusia dua tahun dipilih sebagai ahli termuda Mensa Britain, iaitu persatuan masyarakat kecerdasan minda (IQ) eksklusif dunia.
Teddy Hobbs yang berusia empat tahun mampu mengira hingga seratus dalam beberapa bahasa termasuk mandarin.
Ibunya, Beth Hobbs berkata, dia menyedari keinginan Teddy untuk belajar apabila dia hanya berminat dengan program pendidikan di televisyen semasa sekatan koronavirus.
"Dia (Teddy) mula menyedari. Dia akan melihat beberapa rakan yang cuba untuk membaca dan seolah-olah 'bagaimana mereka tidak boleh melakukannya' sedangkan dia boleh," kata Beth.
(FOTO REUTERS)
Mensa merupakan organisasi antarabangsa untuk individu yang memiliki IQ tinggi yang mencapai skor melebihi persentil ke-98 populasi umum, pada ujian kecerdasan Mensa yang diluluskan.
Teddy diterima masuk menyertai organisasi elit itu pada umur tiga tahun selepas mendapat skor IQ sebanyak 139 daripada 160. - REUTERS