fb fb fb fb fb

Marcos Jr mendahului Pilihan Raya Presiden Filipina

(Orang ramai beratur untuk mengundi di pusat mengundi di sebuah sekolah rendah di Manila/AFP)

MANILA, 10 Mei - Anak lelaki kepada mendiang bekas Presiden Filipina, Ferdinand Marcos pada Selasa menuju kemenangan besar bersejarah dalam pilihan raya presiden negara itu.

Hampir 40 tahun selepas bapanya yang senama itu digulingkan oleh pemberontakan popular dan keluarganya diusir dalam buangan, Ferdinand Marcos Jr telah memperoleh lebih daripada dua kali ganda jumlah undi pesaing terdekatnya, menurut pengiraan keputusan tidak rasmi.

(Ferdinand Marcos Junior (tengah) berjalan melepasi media selepas mengundi/AFP)

Dengan lebih 84% undi dikira, Marcos Jr telah menerima lebih 27 juta undi berbanding calon liberal, Leni Robredo 12.9 juta undi.

Jika kelebihan itu seperti dilaporkan media tempatan dan merujuk angka rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya terus kekal, Marcos Jr bakal menjadi Presiden Filipina pertama sejak penyingkiran bapanya; beliau bakal dipilih dengan majoriti mutlak. -AFP

Media Baharu