(Presiden Perancis Emmanuel Macron (kiri) dan Canselor Jerman Olaf Scholz
semasa sidang media bersama di Berlin pada Isnin/AP)
BERLIN, 10 Mei - Presiden Perancis, Emmanuel Macron pada hari Isnin berkata ia akan mengambil masa berpuluh tahun untuk calon seperti Ukraine menyertai Kesatuan Eropah (EU).
Beliau sebaliknya mencadangkan supaya kelab politik yang lebih luas dibentuk di luar blok itu yang juga boleh termasuk Britain.
Idea itu segera mendapat persetujuan Canselor Jerman, Olaf Scholz yang menyifatkannya sebagai cadangan yang sangat menarik dan beliau sangat gembira untuk berbincang dengan Macron.
( Presiden Perancis Emmanuel Macron (kiri) dan Canselor Jerman, Olaf Scholz/Twitter)
Ukraine yang sedang memerangi pencerobohan Rusia berhasrat menjadi anggota EU.
Menurut Suruhanjaya Eropah, pihaknya hanya akan memberi maklum balas bulan depan.
"Saya berkata ini secara jujur, kejujuran yang kita berhutang kepada rakyat Ukraine," kata Macron.
"Kami boleh percepat proses menerima status calon untuk Ukraine tetapi kita bahawa berdasarkan piawaian dan kriteria kami, mungkin mengambil masa beberapa dekad untuk Ukraine benar-benar menyertai EU," katanya. -AFP