fb fb fb fb fb

Marcos Jr angkat sumpah presiden Filipina

(FB Bongbong Marcos)

MANILA, 30 Jun-  Ferdinand R. Marcos Jr. akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden Filipina ke-17 hari ini dalam upacara awam di Muzium Negara di sini.

Ia akan disaksikan ratusan orang kenamaan tempatan dan asing serta wartawan.

Marcos Jr, 64 tahun, yang meraih kemenangan besar dalam pilihan raya bulan lalu menggantikan Rodrigo Duterte.

Beliau menjadikan usaha menangani inflasi, meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan pengeluaran makanan sebagai keutamaannya.

Ke arah itu Marcos Jr telah mengambil langkah yang jarang berlaku dengan melantik dirinya sebagai Setiausaha Pertanian untuk mengetuai baik pulih sektor yang dilanda masalah.

Beliau juga berjanji untuk mempertahankan hak Filipina ke atas Laut China Selatan yang dituntut oleh China. -AFP

Ferdinand R. Marcos Jr., bercakap kepada penyokong semasa perhimpunan kempen di Laoag City, wilayah Ilocos norte/Fail AFP)

 

 

 

 

Media Baharu