fb fb fb fb fb

Mansuh hukuman mati tidak sesuai - Jepun

Iwao Hakamada (kiri) banduan akhir diberikan perbicaraan semula/ foto AFP

TOKYO, 3 Oktober - Memansuhkan hukuman mati tidak sesuai meski seorang banduan akhir paling lama di dunia dibebaskan baru-baru ini.

Menteri Kehakiman Jepun yang baharu dilantik, Hideki Makihara menegaskan hukuman mati tidak wajar dihapuskan kerana "jenayah kejam terus berlaku."

Beliau berjanji untuk "berhati-hati dan berlaku adil" apabila membuat keputusan untuk menjatuhkan hukuman mati kepada seseorang, menurut media dalam talian Nippon Television.

Jepun dan Amerika Syarikat adalah dua negara G7 yang masih menggunakan hukuman mati, yang mendapat sokongan kuat oleh orang awam di Jepun.

Khamis lepas, banduan paling lama menunggu hukuman mati di dunia, Iwao Hakamada, 88-tahun dibebaskan oleh mahkamah selepas disabitkan tidak bersalah dalam kes bunuh pada tahun 1968. -AFP-

Trainee