MANILA, 11 Mei - Legenda tinju, Manny Pacquiao mengaku kalah dalam pilihan raya presiden Filipina.
Menerusi video yang dikongsi di laman facebook rasminya malam tadi, senator Filipina itu berterima kasih kepada rakyat kerana membantu kempennya.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Ferdinand Marcos Jr atas kemenangan besarnya.
Sebagai seorang peninju dan atlet, beliau tahu untuk menerima kekalahan dan berharap bakal presiden akan membantu golongan miskin.
(FOTO AFP)
"Rakyat sudah bersuara. Selesai sudah pilihanraya, marilah kita bersatu demi keamanan dan pembangunan negara," kata Manny.
Penjumlahan awal menunjukkan Pacquiao memperoleh kurang daripada empat juta undi, meletakkannya di tempat ketiga jauh di belakang Marcos Jr, yang mendapat lebih separuh undi, diikuti Leni Robredo di tempat kedua. - AFP