(Orang ramai berarak di pusat bandar Sarajevo suarakan sokongan dan solidariti dengan rakyat Ukraine/AFP)
SARAJEVO, 10 Mei - Beberapa ratus orang berarak Isnin di ibu negara Bosnia, yang dikepung semasa perang saudara kejam pada 1990-an, meminta Rusia menamatkan perang di Ukraine.
Perang antara etnik Bosnia membunuh hampir 100,000 orang, dengan lebih 11,000 daripadanya terkorban semasa pengepungan Sarajevo oleh tentera Serb.
Perarakan itu dianjurkan oleh persatuan yang mengumpulkan mangsa perang Bosnia dan keluarga mereka.
(Orang ramai berarak di pusat bandar Sarajevo suarakan sokongan dan solidariti dengan rakyat Ukraine/AFP)
"Hentikan pembunuhan beramai-ramai di Mariupol," tertulis dalam kedua-dua bahasa Bosnia dan Inggeris pada sepanduk gergasi yang dibawa berarak, merujuk kepada pelabuhan strategik Ukraine yang dikepung dan dimusnahkan oleh tentera Rusia.
"Hentikan perang sekarang! Sarajevo 1992-1995, Mariupol 2022-?", tertera pada sepanduk lain.
Perhimpunan itu bertepatan dengan upacara perarakan ketenteraan besar-besaran di Rusia memperingati kejayaan Kesatuan Soviet menewaskan Nazi Jerman dalam Perang Dunia II. -AFP