(Pemandangan di luar penjara Bellavista selepas rusuhan, di Santo Domingo De Los Colorados, Ecuador pada hari Isnin/AFP)
SANTO DOMINGO DE LOS COLORADOS, 10 Mei - Sekurang-kurangnya 43 banduan maut pada Isnin dalam rusuhan penjara terbaharu yang mengerikan di Ecuador, kata pendakwa raya.
Pihak berkuasa berkata pergaduhan tercetus antara kumpulan bermusuhan, Los Lobos dan Geng R7 di dalam penjara Bellavista di sini, kira-kira 80 kilometer dari Quito.
(Pegawai polis berdiri di luar penjara selepas pihak berkuasa melaporkan bahawa mereka berjaya meleraikan rusuhan, di Santo Domingo, Ecuador, 9 Mei 2022 [REUTERS)
"Buat masa ini terdapat 43 banduan mati," kata pejabat pendakwa raya di Twitter, sambil menambah bahawa keadaan dijangka menjadi lebih buruk. -AFP