fb fb fb fb fb

Empat maut, 70 cedera dalam insiden rempuhan di universiti Bolivia

LA PAZ, 10 Mei - Insiden tolak-menolak dan rempuhan di sebuah universiti di Bolivia pada Isnin menyebabkan empat pelajar maut dan 70 cedera apabila bom tangan gas pemedih mata diletupkan semasa perhimpunan, kata rektor dan polis.

Beratus-ratus pelajar telah berkumpul di arena sukan tertutup sebuah universiti di Potosi di tenggara Bolivia untuk pemilihan majlis pelajar, kata rektor Pedro Lopez kepada pemberita.

"Seluruh warga universiti berkabung," tambahnya.

(Insiden tolak-menolak dan rempuhan di sebuah universiti di Bolivia pada Isnin menyebabkan empat pelajar maut dan 70 cedera/GOOGLE)

Polis berkata ketika dua kumpulan pelajar bertengkar, seseorang meletupkan tong gas pemedih mata, mencetuskan panik.

Hospital awam di bandar yang mempunyai kira-kira 270,000 penduduk itu dipenuhi mangsa yang cedera dan saudara-mara mencari maklumat mengenai pelajar yang hilang.

Pergaduhan antara pelajar di Bolivia bukan perkara luar biasa, dan gas pemedih mata telah digunakan dalam konfrontasi sebelum ini.

Pada Mac tahun lalu, 12 pelajar maut di universiti berbeza apabila pagar runtuh dalam konfrontasi semasa perhimpunan. -AFP

Media Baharu