fb fb fb fb fb

Malaysia kutuk serangan Israel terhadap jemaah dan pencerobohan Masjid Al-Aqsa

(Wisma Putra/ Foto fail)

PUTRAJAYA, 6 April - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya, serangan terbaharu tentera rejim Israel terhadap jemaah dan pencerobohan Masjid Al-Aqsa, sejak semalam.

Wisma Putra menerusi kenyataan memaklumkan, tindakan Israel itu sebagai menyalahi undang-undang, menghina dan mencabuli hak asasi rakyat Palestin serta kesucian masjid itu.

Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) supaya rejim Zionis bertanggungjawab di atas jenayah keji terbabit sekali gus membebaskan tahanan rakyat Palestin dengan kadar segera.

(Tentera Israel mengheret keluar jemaah Islam Palestin yang duduk di perkarangan Masjid Al-Aqsa,
awal 5 April 2023/AFP)

Dalam serangan itu, sekurang-kurangnya 12 orang dilaporkan terbunuh manakala, ratusan pejuang Palestin ditahan.

Justeru, masyarakat antarabangsa perlu terus mendesak Israel menghentikan sebarang tindakan provokasi demi kestabilan dan keamanan.

Malaysia teguh berdiri dan bersolidariti dengan rakyat Palestin dan mengulangi status Al-Quds Al-Sharif sebagai tapak Suci Umat Islam.

Media Baharu