fb fb fb fb fb

China kecam pertemuan Speaker AS dengan Presiden Taiwan

(FOTO AFP)

BEIJING, 6 April - China mengecam keras mesyuarat antara Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Kevin McCarthy dengan Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen di California.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Luar China menegaskan, Beijing akan melakukan 'tindak balas keras' susulan pertemuan itu demi menjaga kedaulatan negara dan integriti wilayahnya.

Dalam perkembangan terbaharu, China dilapor mengerah beberapa kapal perangnya ke perairan sekitar Taiwan.

Manakala, tiga lagi kapal perang dikesan berada di perairan yang memisahkan Taiwan dengan Tanah Besar China.

Beijing menyifatkan pertemuan McCarthy dan Tsai mencabuli secara serius dasar Satu China yang sudah diiktiraf oleh Amerika Syarikat sejak berdekad lalu.

(China mengecam keras pertemuan antara Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat,
Kevin McCarthy dengan Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen di California/AFP)

Semalam, Presiden Taiwan mengadakan pertemuan dengan delegasi ahli politik dari parti Republikan dan Demokrat semasa singgah di Amerika Syarikat selepas melawat Guatemala dan Belize.

Kementerian Pertahanan China turut mengutuk pertemuan itu dan berikrar untuk mempertahankan dan keselamatan Selat Taiwan dengan apa cara sekalipun.

China mendakwa Taiwan sebagai wilayahnya dan menentang sebarang hubungan diplomasi antara Taiwan dengan negara lain.

Malah, Beijng berikrar untuk menawan Taiwan, menggunakan kekerasan jika perlu. -AFP

Media Baharu