fb fb fb fb fb

Penduduk tinggal berdekatan gunung berapi Nevado del Ruiz digesa berpindah

(Pegawai bomba menjalankan bancian terhadap berdekatan gunung berapi Nevado del Ruiz,
selepas pihak berkuasa mengisytiharkan amaran jingga dan meminta penduduk
untuk berpindah di Villamaria, Colombia/ Foto REUTERS)

BOGOTA, 6 April - Pihak berkuasa Colombia menggesa penduduk yang tinggal berdekatan gunung berapi Nevado del Ruiz, untuk berpindah berikutan lonjakan aktiviti seismik.

Kerajaan menaikkan tahap amaran kepada tahap jingga minggu lepas kerana kemungkinan besar letusan berlaku dalam beberapa hari dan minggu akan datang.

Pihak berkuasa memaklumkan beberapa individu telah berjaya dipindahkan, namun penduduk yang menetap berdekatan gunung berapi berkenaan enggan meninggalkan rumah mereka.

(Kerajaan menaikkan tahap amaran kepada tahap jingga minggu lepas kerana kemungkinan
besar letusan gunung berapi Nevado del Ruiz berlaku dalam beberapa hari dan minggu
akan datang/ Foto REUTERS)

Nevado del Ruiz ialah gunung berapi komposit yang melintasi sempadan antara wilayah Tolima dan Caldas di Colombia.

Gunung berapa itu merupakan bencana alam terbesar di Colombia apabila meletus pada 1985.

Ia menyebabkan runtuhan salji tanah, serpihan batu, menimbus seluruh penempatan sekali gus membunuh lebih 25,000 orang. -REUTERS

Media Baharu