fb fb fb fb fb

Lubnan sasar roket ke arah Israel selepas pertempuran Al-Aqsa

FASSUTA, ISRAEL, 7 April - Wilayah Lubnan melepaskan puluhan roket ke arah Israel pada Khamis, sehari selepas pertempuran antara polis Israel dan penduduk Palestin di Masjid Al-Aqsa.

Tembakan roket itu merupakan amaran tindak balas dari seluruh Wilayah Lubnan.

Tentera Israel mengenal pasti sebanyak 34 roket yang dilancarkan dari arah Lubnan ke Israel dengna 25 daripadanya berjaya dipintas oleh pertahanan udara Israel.

"Lima roket mendarat di wilayah Israel," menurut kenyataan tentera selepas serangan di Masjid Al-Aqsa.


(Kesan tembakan roket dari Wilayah Lubnan ke arah Israel/FOTO AFP)

Bagaimanpun, tiada kumpulan mengaku untuk bertanggungjawab setakat ini.

Tembakan roket itu berlaku di tengah-tengah ketegangan yang memuncak selepas polis rusuhan Israel bertempur dengan penduduk Palestin di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis pada Subuh Rabu dan sekali lagi di sebelah petangnya, turut mengundang kecaman seluruh dunia Islam.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan melakukan penilaian dengan ketua agensi keselamatannya yang sentiasa mengikuti perkembangan tersebut.

Dalam kejadian serangan roket itu seorang lelaki cedera ringan terkena serpihan sementara seorang wanita pula cedera ketika berlari mencari tempat perlindungan.

Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan menggesa sekatan dibuat.

"Keadaan semasa amat serius. UNIFIL menggesa sekatan dan mengelak ketegangan meningkat," kata pasukan yang mengawal kawasan sempadan antara kedua-dua negara yang secara teknikalnya masih berperang. - AFP.

Media Baharu