fb fb fb fb fb

Pembinaan lapangan terbang terbesar Vietnam cetus pencemaran udara

(FOTO AFP)

DONG NAI, 6 April - Lapisan debu tebal kesan projek pembinaan sebuah lapangan terbang terbesar di Vietnam telah menyelubungi kawasan kejiranan berdekatannya sejak berbulan-bulan.

Debu tebal itu mencemarkan pokok-pokok, rumah termasuk pakaian seragam pelajar sekolah menjadi kemerahan.

Terletak 40 kilometer dari hab perniagaan selatan Ho Chi Minh City, lapangan terbang Long Thanh yang bakal memiliki empat landasan akan menjadi yang terbesar di negara itu.

Apabila siap, ia dijangka mampu menampung kehadiran 100 juta penumpang dan lima juta tan kargo setiap tahun.

(Debu merah daripada projek pembinaan lapangan terbang terbesar di wilayah Dong Nai,Vietnam
mencetuskan pencemaran udara di kawasan kejiranan/AFP)

Bagaimanapun selepas kerja-kerja pembinaan berat dimulakan awal tahun ini, penduduk yang tinggal di sekitar 10 kilometer dari tapak projek itu mula terjejas dengan kehadiran awan debu yang tebal.

Ia sekaligus mencetuskan kebimbangan terhadap kesihatan di samping mengakibatkan kemarahan penduduk.

Penduduk terpaksa menyiram air di halaman depan rumah setiap hari untuk membuang kotoran.

Lapisan debu tebal juga mencemarkan kawasan halaman sekolah dengan buku teks, bilik darjah dan seragam pelajar bertukar kemerahan. -AFP

Media Baharu