fb fb fb fb fb

Majlis Keselamatan PBB putus keahlian penuh Palestin bulan ini

FOTO REUTERS

NEW YORK, 9 April -Presiden Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semalam merujuk permohonan Pihak Berkuasa Palestin untuk menjadi ahli penuh badan dunia itu kepada jawatankuasa penerimaan ahli baharu.

Duta Malta untuk PBB, Vanessa Frazier mencadangkan jawatankuasa itu bermesyuarat petang semalam untuk mempertimbangkan permohonan itu, sambil menambah bahawa perbincangan perlu dilakukan bulan ini.

Malta ialah presiden Majlis Keselamatan untuk bulan April.

Sebarang permintaan untuk menjadi negara anggota PBB mesti terlebih dahulu melalui Majlis Keselamatan - di mana sekutu Israel, Amerika Syarikat akan menggunakan veto - dan kemudian disahkan oleh Perhimpunan Agung.

Israel layak diusir dari PBB kerana langgar resolusi rakyat Palestin, yang mempunyai status pemerhati di badan dunia itu sejak 2012, melobi selama bertahun-tahun untuk mendapatkan keahlian penuh, yang akan menyamai pengiktirafan kenegaraan Palestin.

“Kami amat berharap selepas 12 tahun sejak kami menukar status kami kepada negara pemerhati, Majlis Keselamatan akan meningkatkan dirinya untuk melaksanakan konsensus global mengenai penyelesaian dua negara dengan mengakui negara Palestin untuk menjadi ahli penuh,” kata utusan PBB Palestin, Riyad Mansour kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

"Apa yang kami minta adalah untuk mengambil tempat kami yang sah dalam kalangan masyarakat negara, untuk dilayan sama rata - sama seperti dengan negara lain, untuk hidup dalam bebas dan bermaruah, dalam keamanan dan keselamatan, di tanah nenek moyang kami," ujarnya lagi.

Pihak Berkuasa Palestin minggu lalu secara rasmi meminta pertimbangan semula Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap permohonannya pada 2011 untuk menjadi ahli penuh badan dunia itu.

Jawatankuasa terdiri 15 ahli terlebih dahulu menilai permohonan untuk melihat sama ada ia memenuhi syarat untuk menjadi ahli PBB.

Permohonan itu kemudiannya boleh ditangguhkan atau dikemukakan untuk undian rasmi di Majlis Keselamatan.

Kelulusan memerlukan sekurang-kurangnya sembilan undian menyokong dan tiada veto oleh AS, Rusia, China, Perancis atau Britain.

"Jawatankuasa itu perlu berbincang dalam bulan April," kata Frazier kepada pemberita sebelum mesyuarat itu.

Majlis Keselamatan awal semalam bertemu secara tertutup untuk membincangkan surat daripada negara pemerhati yang meminta pertimbangan semula permohonan mereka.

Mansour memberitahu Reuters minggu lalu bahawa matlamatnya adalah untuk majlis itu membuat keputusan pada mesyuarat peringkat menteri mengenai Timur Tengah pada 18 April.

Sementara itu, Duta Israel PBB Gilad Erdan pula melancarkan kritikan pedas dari podium perhimpunan berkata bahawa sebuah negara Palestin akan menjadi ancaman kepada keselamatan negara Israel.- REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI