(FOTO HIASAN / REUTERS)
LONDON, 17 Julai- Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu akan mengadakan persidangan rasmi pertamanya mengenai teknologi kecerdasan buatan (AI) minggu ini di New York, dengan Britain menggesa dialog antarabangsa mengenai kesannya terhadap keamanan dan keselamatan global.
Kerajaan di seluruh dunia sedang mempertimbangkan cara untuk mengurangkan bahaya teknologi AI, yang boleh membentuk semula ekonomi global dan mengubah landskap keselamatan antarabangsa.
Britain kini memegang jawatan presiden bergilir Majlis Keselamatan PBB bulan ini Setiausaha Luar Britain James Cleverly akan mempengerusikan persidangan pada Selasa.
Pada Jun, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menyokong cadangan beberapa eksekutif kecerdasan buatan untuk mewujudkan badan pemerhati AI antarabangsa seperti Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). -REUTERS
(FOTO HIASAN)