fb fb fb fb fb

Bot karam di Bangladesh, lapan orang selamat

BANGLADESH, 17 Julai - Sekurang-kurangnya empat maut selepas bot yang membawa 20 penumpang karam di Buriganga Bangladesh berhampiran ibu negara Dhaka.

Lapan orang dapat diselamatkan, dan tiga daripadanya kritikal.

Pengerusi Pihak Berkuasa Pengangkutan Air Dalam Negeri Bangladesh berkata, pihaknya sedang berusaha menyelamatkan bot yang karam itu.

Ibu kepada mangsa kemalangan itu menggesa pihak berkuasa agar dapat mengeluarkan dan menyelamatkan bot berkenaan.

Beratus-ratus orang datang ke tempay kejadian untuk menyaksikan sendiri kejadian dan keadaan mangsa.

Kebanyakan penumpang bot malang itu dipercayai telah berenang ke daratan untuk menyelamatkan diri masing-masing, menurut seorang pegawai bomba. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu