INDIA ,20 Februari - Kumpulan nasionalis Hindu memfailkan tuntutan terhadap sebuah zoo kerana menamakan singa betina sempena dewa Hindu Sita. Perkara itu disifatkan sebagai menghina agama dan bertentangan degan kepercayaan agama masyarakat itu.
Vishva Hindu Parishad (VHP), atau Majlis Hindu Sedunia mahu Mahkamah India mengarahkan supaya zoo itu menukar nama singa tersebut.
Ia juga membantah tindakan zoo itu membawa masuk singa betina berusia lima tahun yang diberi nama Akbar iaitu sempena nama pemerintah Moghul abad ke-16 sebagai sebahagian daripada program pertukaran antara zoo India.
VHP, yang dikaitkan dengan parti nasionalis Hindu pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi, berkata nama binatan berkenaan tekah diberikan kerajaan Bengal Barat, yang dikendalikan parti pembangkang.
Tuntutan kepada mahkamah, yang ditulis oleh setiausaha West Bengal VHP Lakshman Bansal, berkata kumpulan itu amat tidak berpuas hati dengan menamakan singa tersebut sebagai Sita.
"Perbuatan sedemikian adalah tidak patut dan merupakan serangan langsung terhadap kepercayaan agama semua penganut Hindu," katanya.
Jurucakap VHP Vinod Bansal mengancam untuk mengadakan bantahan jika pegawai enggan menukar nama dan lokasi singa.
Akbar ialah seorang maharaja Mughal yang menyatukan pemerintahan Islam ke atas sebahagian besar benua kecil India, suatu tempoh yang dianggap oleh kumpulan nasionalis Hindu sebagai fasa paling gelap bagi orang Hindu.
Isu agama di India sememangnya telah lama berlaku di negara itu. - REUTERS