fb fb fb fb fb

Mahkamah Jenayah Antarabangsa mulakan siasatan aktiviti Rusia di Ukraine

(Seorang anggota tentera Ukraine membuat rondaan di jalan raya di Dataran Maidan, Kiev/Foto AFP)

MOSCOW, 3 Mac - Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) memulakan siasatan ke atas aktiviti Rusia di Ukraine, kata Pendakwa ICC Karim Khan.

"Saya baru sahaja memberitahu Pejabat ICC mengenai keputusan saya untuk meneruskan dengan segera siasatan aktif dalam situasi itu. Kerja-kerja pengumpulan bukti sudah dimulakan," kata Khan dalam satu kenyataan, lapor Sputnik.

Beliau menambah bahawa ICC akan memberi tumpuan kepada objektif utama organisasi: memastikan akauntabiliti bagi jenayah di bawah bidang kuasa mahkamah.

(Pendakwa ICC, Karim Khan berkata bukti-bukti sedang dikumpulkan/Foto Gettyimages)

Minggu lalu, Rusia melancarkan operasi khas selepas republik pemisah Donetsk dan Luhansk meminta bantuan untuk mempertahankan diri daripada serangan berterusan oleh tentera Ukraine. Negara-negara Barat mengutuk sekeras-kerasnya operasi ketenteraan Rusia dan meningkatkan tekanan sekatan terhadap Rusia. - BERNAMA

Media Baharu