fb fb fb fb fb

Hampir 500 anggota tentera Rusia terbunuh dalam konflik perang dengan Ukraine

MOSCOW, 4 Mac- Susulan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, Moscow dilihat membayar harga yang mahal atas tindakannya itu apabila hampir 500 tenteranya terbunuh dalam konflik berkenaan setakat ini.

Ia juga pemakluman pertama berhubung angka kematian dari pihak Rusia sejak Presiden Vladimir Putin melancarkan pencerobohan di negara itu minggu lalu.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Igor Konashenkov berkata seramai 498 anggota tentera Rusia terbunuh di perbatasan.

"Malangnya, terdapat kematian dalam rakan seperjuangan kami yang menyertai operasi ketenteraan khas di Ukraine. 498 askar Rusia terkorban semasa menjalankan tugas," kata Konashenkov kepada media.


(FOTO AFP)

Bagaimanapun, Ukraine mendakwa angka korban tentera Rusia adalah jauh lebih tinggi.

Sebelum ini, Moscow mengaku terdapat angka korban dalam kalangan tentera Rusia, namun tidak mendedahkan jumlahnya.

Media Baharu