fb fb fb fb fb

Magawa, tikus pengesan periuk api dianggap wira Kemboja


FOTO: REUTERS

PHNOM PENH, 13 Januari - Tikus pengesan periuk api yang dianggap sebagai wira Kemboja, Magawa mati pada usia lapan tahun selepas lima tahun berkhidmat.

Perkara itu dinyatakan pertubuhan Pembangunan Pengesanan Periuk Api Anti-Personel (APOPO) yang melatih tikus gergasi Afrika itu.

Menurutnya, Magawa mati pada hujung minggu lalu meskipun dalam keadaan sihat dan menghabiskan sebahagian besar minggu bermain dan cergas seperti biasa.

Namun menjelang hujung minggu,pergerakannya mulai perlahan, lebih banyak tidur siang dan kurang berminat terhadap makanan pada hari-hari terakhirnya.

Sepanjang tugasnya, Magawa mengesan lebih 100 periuk api dan bahan letupan lain selain pernah dianugerahkan Pingat Emas PDSA pada September 2020, anugerah tertinggi untuk keberanian yang boleh diterima haiwan.

Tikus gergasi Afrika itu lahir di Tanzania pada November 2013.

Selepas dilatih oleh APOPO, ia dibawa ke Siem Reap di Kemboja pada 2016 untuk memulakan tugasnya.

 

Media Baharu