FOTO: AFP
GENEVA, 13 Januari - Enam hingga lapan minggu lagi, separuh daripada benua Eropah akan dijangkiti varian Omicron COVID-19.
Itu amaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan mengambil kira ramalan aliran semasa lonjakan varian baharu berkenaan.
Menurut Pengarah WHO Rantau Eropah, Hans Kluge, Omicron membawa gelombang baharu penularan COVID-19 dari barat ke timur.
"Gelombang itu sedang bergerak dengan pantas merentasi Eropah", katanya lagi.
Pada minggu pertama 2022, lebih 7 juta kes positif, dilaporkan.
Rantau Eropah WHO meliputi 53 negara dan wilayah termasuk beberapa di Asia Tengah.
Dalam pada itu, Pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula memberi amaran pemberian dos penggalak secara berulang bukanlah strategi berdaya maju menangani kemunculan varian baharu COVID-19.
Ia turut mencadangkan pembangunan vaksin baharu yang lebih baik dalam melindungi manusia daripada jangkitan wabak tersebut.