fb fb fb fb fb

Macron hadapi saingan sengit dalam pilihan raya Perancis 24 April ini

PARIS, 11 April- Presiden Perancis, Emmanuel Macron dijangka berdepan saingan sengit daripada pencabar utamanya, Marine Le Pen dalam pilihan raya Presiden pada 24 April ini.

Le Pem mempertaruhkan ekonomi liberal pro-Eropah menentang nasionalis sayap kanan.

Macron di kedudukan pertama mendahului Le Pen dalam undian pusingan pertama semalam.

Berdasarkan prestasi sebagai Presiden sebelum ini, Macron dilaporkan telah mengecewakan banyak pihak dengan sikap kasarnya, sebaliknya Le Pen berusaha keras semula pengundi yang tidak berpuas hati.

(Presiden Perancis, Emmanuel Macron (kiri) bersaing sengit dengan pencabarnya, Marine Le Pen/ AFP)

"Tiada apa-apa yang diputuskan, dan pertempuran yang akan kami lalui dalam 15 hari akan datang bakal menjadi penentu bagi Perancis dan Eropah," kata Macron kepada penyokongnya.

Beliau turut menggesa semua pengundi terus menyokongnya pada 24 April untuk menghentikan sayap kanan daripada memerintah Kesatuan Eropah (EU), ekonomi kedua terbesar.

Menerusi kempen pilihan raya yang memfokuskan isu kos sara hidup, Le Pen berjaya merebut 10 mata undian.

"Apa yang akan dipertaruhkan pada 24 April ialah pilihan masyarakat, pilihan tamadun, saya akan membawa kestabilan kembali ke Perancis," katanya kepada penyokong. - REUTERS

Media Baharu