fb fb fb fb fb

Austria komited jadi 'orang tengah' jernihkan konflik Rusia-Ukraine

ZURICH, 11 April- Austria komited untuk menjadi 'orang tengah' bagi menjernihkan kemelut antara Rusia dan Ukraine sekali gus menghentikan peperangan berlarutan sejak 24 Februari lalu.

Hasrat itu dizahirkan Canselor Austria, Karl Nehammer, menjelang pertemuannya dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin di Moscow hari ini.

Pada sabtu lalu, beliau menemui Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy di Kyiv.

Ketika bercakap kepada pemberita Nehammer memaklumkan, sasarannya dalam kunjungan ke Moscow berperanan sebagai pedamai antara kedua-dua negara itu.

Bagaimanapun katanya, peluang untuk mencapai kemajuan itu adalah tipis.

 (Canselor Austria, Karl Nehammer/ AFP)


Nehammer merupakan pemimpin Kesatuan Eropah (EU) pertama yang akan mengadakan perjumpaan bersemuka dengan Putin sejak pencerobohannya di Ukraine.

"Saya akan bertemu Vladimir #Putin di Moscow esok (hari ini)," tulis Nehammer di Twitter semalam.

Dalam perkembangan sama, Rusia terus membedi timur Ukraine ketika Washington menyatakan hasratnya untuk memenuhi permintaan negara itu mendapatkan lebih banyak bantuan ketenteraan.

Rusia sehingga kini gagal menawan mana-mana bandar utama Ukraine sejak melancarkan pencerobohannya pada 24 Februari lalu.

Ukraine pada masa sama, menyatakan pihaknya mengumpulkan pasukannya di timur bagi serangan besar dan menggesa penduduknya melarikan diri. -REUTERS

Media Baharu