PARIS, 9 Januari- Presiden Perancis Emmanuel Macron dijangka melantik Perdana Menteri baharu pada Selasa. Perkara itu berikutan Macron berusaha untuk meningkatkan mandat keduanya menjelang Pilihan Raya Parlimen Eropah.
Langkah itu tidak semestinya akan membawa kepada sebarang peralihan politik yang besar sebaliknya menandakan keinginan untuk Macron cuba bergerak melangkaui pembaharuan pencen dan imigresen dengan memberi tumpuan kepada keutamaan baharu, termasuk mencapai pekerjaan penuh.
Perdana Menteri baharu juga akan ditugaskan untuk cuba meningkatkan peluang parti tengah Macron dalam pilihan raya itu pada Jun. Tinjauan pendapat menunjukkan mereka mengekori pemimpin sayap kanan Marine Le Pen kira-kira lapan hingga 10 peratus.
Macron bergelut untuk menangani Parlimen yang bergolak sejak kehilangan majoriti sejurus selepas dipilih semula pada 2022.
Menteri Pendidikan Gabriel Attal sekutu rapat Macron menjadi nama pilihan ramai selepas dilantik sebagai jurucakap kerajaan semasa pandemik COVID-19. Beliau mempunyai sainga kuat untuk menggantikan Elisabeth Borne selepas meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Sekiranya perkara itu disahkan Attal akan memegang jawatan itu pada usia 34 tahun sekali gus menjadi Perdana Menteri termuda Perancis.
Sebelum menyertai Macron, Attal pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan dan menjadi Menteri Pendidikan pada 2023. Beliau juga mencipta nama sebagai salah seorang menteri bawah pemerintahan Macron yang paling bijak.
"Jika ia memang Gabriel Attal, ia adalah kad terbaik yang boleh dimainkan oleh presiden," kata pengundi Ifop Jerome Fourquet kepada BFM TV.
Bagaiamanapun pemimpin pembangkang tidak mengharapkan banyak daripada perubahan Perdana Menteri.
"Elisabeth Borne, Gabriel Attal atau orang lain, saya tidak kisah, ia akan menjadi dasar yang sama," kata pemimpin Parti Sosialis Olivier Faure kepada radio France Inter.- REUTERS