fb fb fb fb fb

Lubnan lancar serangan balas, lima orang terbunuh di utara Israel

FOTO AFP

BAITULMAQDIS, 31 Oktober- Lima orang terbunuh pada hari Khamis akibat serangan roket dari Lubnan.

Ketua majlis wilayah di bandar Metula, utara Israel David Azoulai, memaklumkan kepada AFP bahawa mangsa termasuk seorang petani tempatan dan empat pekerja ladang warga asing.

Sebelum ini, pihak tentera melaporkan bahawa "dua roket telah dikesan melintasi sempadan dari Lubnan ke kawasan terbuka" di Metula.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE