fb fb fb fb fb

Lubnan catat kes pertama cacar monyet

BEIRUT, 20 Jun- Kementerian Kesihatan Lubnan mengumumkan pada Isnin, negara itu telah mengesan kes pertama cacar monyet pada seorang warganya yang pulang dari luar negara.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan pengembara itu tiba dari negara mana.

Kementerian berkata pesakit itu berada dalam keadaan stabil dan kontek rapatnya sedang dikesan.

Kementerian menggesa orang ramai untuk berada dalam jarak selamat daripada orang yang dijangkiti, tidak berkongsi barangan peribadi mereka, mengelakkan sentuhan dengan haiwan dari negara yang endemik penyakit itu, dan mengelak daripada memakan daging haiwan liar.

Kementerian itu turut menyenaraikan Nigeria, Republik Demokratik Congo, Cameroon dan Republik Afrika Tengah sebagai negara endemik.- REUTERS


(GAMBAR HIASAN)

Media Baharu