fb fb fb fb fb

Afghanistan bebaskan lima tahanan warga UK

LONDON, 21 Jun- Afghanistan telah membebaskan lima warga UK daripada tahananya pada Isnin.Menerusi satu kenyataan, London menyebut mereka kesal dengan episod buruk itu dan memohon maaf kepada pihak berkuasa di Kabul.

"UK berbesar hati atas pembebasan lima warga Britain yang ditahan di Afghanistan," kata Setiausaha Luar Liz Truss menerusi satu hantaran di Twitter.

Pejabat Komanwel dan Pembangunan Luar Negeri berkata dalam satu kenyataan berasingan bahawa kelima-lima mereka "tidak mempunyai peranan dalam  kerajaan UK di Afghanistan dan melanggar nasihat perjalanan Kerajaan UK. Ini adalah satu kesilapan.

"Tiada butiran lanjut diberikan tentang warga Britain tersebut mahupun bila mereka ditahan dan atas alasan apa.Pada 12 Februari, kerajaan di London berkata beberapa orang warga Britain sedang ditahan dan ianya telah menimbulkan beberapa isu dengan Taliban.

Antaranya ialah Peter Jouvenal, seorang wartawan dan ahli perniagaan yang mempunyai hubungan lama dengan Afghanistan, yang diberhentikan Disember lalu.

Taliban, pada hari sebelumnya membebaskan dua wartawan luar negara yang telah ditahan, termasuk seorang bekas wartawan BBC.

FCDO menambah dalam kenyataan terbaharunya: "Bagi pihak keluarga warga British, kami merakamkan permohonan maaf atas sebarang pelanggaran budaya, adat atau undang-undang Afghanistan, dan menawarkan jaminan kelakuan baik mereka pada masa depan.Kerajaan UK turut kesal dengan insiden tersebut".-AFP


(Tangkap layar hantarn Liz Truss di laman Twitter)

Media Baharu