fb fb fb fb fb

Arab Saudi tarik balik larangan rakyatnya ke Turki

RIYAHD, 21 Jun- Arab Saudi menarik balik larangan ke atas warganegara yang pergi ke Turki dan tiga negara lain, pada Isnin  dalam usaha kerajaan itu untuk terus melonggarkan langkah pencegahan virus COVID-19.

Tindakan itu dibuat dua hari sebelum Putera Mahkota Mohammed bin Salman dijangka melawat Turki.

Ketika permulaan pandemik, Arab Saudi mengenakan peraturan terhadap semua perjalanan asing, dan setakat bulan lalu 16 negara termasuk Turki masih dilarang untuk dilawati warga Saudi.

"Keputusan telah dibuat untuk menarik balik penggantungan perjalanan langsung atau tidak langsung oleh warganegara ke Ethiopia, Turki, Vietnam dan India," Agensi Akhbar Saudi memetik seorang pegawai kementerian dalam negeri.

Ia dibuat berdasarkan susulan kepada situasi epidemiologi wabak coronavirus, kata pegawai itu.Pihak berkuasa Saudi juga melonggarkan sekatan di rumah, mengumumkan minggu lalu bahawa pelitup muka tidak lagi diperlukan di kebanyakan ruang tertutup.

Hubungan antara Riyadh dan Ankara mendapat tamparan hebat susulan pembunuhan seorang wartawan, Jamal Khashoggi, di dalam pejabat konsulat Arab Saudi.

Tetapi pemerintah de facto Saudi Putera Mohammed dan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan telah berusaha untuk memperbaiki hubungan dua hala dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Kedua-duanya saling berpelukan semasa lawatan Erdogan ke Arab Saudi pada April.

Pada Mei, syarikat penerbangan nasional Saudia meneruskan penerbangan ke Turki, walaupun rakyatnya masih tidak dapat melakukan perjalanan ke sana.

Turki ialah destinasi percutian kegemaran ramai keluarga Saudi.

Putera Mohammed dijangka tiba di Turki pada hari Rabu selepas singgah di Mesir dan Jordan.- AFP

 


(Turki ialah destinasi percutian kegemaran ramai keluarga Saudi)

Media Baharu