RAFAH, 21 Oktober - Lori pertama yang membawa bantuan kemanusiaan untuk Gaza mula memasuki pintu sempadan Rafah dari Mesir pada Sabtu, kata sumber keselamatan dan seorang pegawai Bulan Sabit Merah Mesir kepada AFP.
Televisyen kerajaan Mesir menunjukkan beberapa trak memasuki pintu pagar pada hari ke-15 susulan konflik antara Israel dan Hamas
Rafah adalah satu-satunya laluan ke Gaza yang tidak dikawal oleh Israel, bersetuju untuk membenarkan bantuan dari Mesir berikutan permintaan daripada sekutu tertingginya Amerika Syarikat (AS).
Seorang koresponden AFP memberitahu dua puluh lori dari Bulan Sabit Merah Mesir, yang bertanggungjawab menghantar bantuan daripada pelbagai agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), memasuki terminal di pintu di bahagian Mesir.
Seorang wartawan AFP di bahagian Palestin pula melihat 36 lori kosong memasuki terminal dan menuju ke arah Mesir, di mana ia akan dimuatkan dengan bantuan.
Empat ambulans, dua kenderaan PBB dan dua kenderaan Palang Merah juga dilihat menuju ke terminal.
Pesawat kargo dan lori yang membawa bantuan kemanusiaan sudah terkandas selama beberapa hari di lintasan Rafah di sebelah Mesir.
Gaza yang mempunyai 2.4 juta orang dikenakan sekatan oleh Israel sejak 2007.
Lintasan Rafah adalah satu-satunya pintu sempadan antara Semenanjung Gaza dan Mesir dan satu-satunya lintasan yang tidak dikawal rejim zionis Israel. - AFP