fb fb fb fb fb

20 trak bantuan bawa bekalan perubatan dan makanan - Hamas

GAZA, 21 Oktober - Konvoi bantuaan kemanusiaan mula memasuki Gaza dari Mesir pada Sabtu.

Memetik laporan Al-Jazeera, perkara itu disahkan oleh pejabat media Hamas yang memaklumkan bahawa konvoi bantuan melibatkan 20 lori yang membawa bekalan perubatan dan makanan.

"Konvoi bantuan yang sepatutnya masuk hari ini (Sabtu) termasuk 20 trak yang membawa ubat-ubatan, bekalan perubatan dan jumlah bekalan makanan (barangan dalam tin) yang terhad," katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Program Makanan Sedunia (WFP) Pertububuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata bahawa 20 trak bantuan tidak mencukupi.

"Keadaan di dalam Gaza amat teruk. Bukan sahaja tiada makanan, tiada air, elektrik, atau bahan api. Dan krisis itu bukan sahaja bencana tetapi boleh membawa kepada lebih banyak kebuluran dan penyakit juga," kata Pengarah Eksekutif WFP Cindy McCain kepada Al Jazeera.

"Kami perlu lebih banyak lori untuk memasuki Gaza," katanya, sambil menambah bahawa ia penting untuk memastikan bantuan sampai ke tangan penerima yang betul, dengan cara yang selamat dan berterusan.

Pada 7 Oktober lalu, Hamas melancarkan serangan mengejut ke atas bandar sempadan Israel.

Tentera Israel kemudian melancarkan Operasi Pedang Besi terhadap Hamas di Semenanjung Gaza.

Tindak balas Israel membawa kepada pemotongan bekalan air dan elektrik di Gaza, yang melumpuhkan Gaza yang dalam kepungan sejak 2007 selain mengarahkan lebih sejuta penduduk di utara berpindah ke selatan.

Sekurang-kurangnya 4,137 rakyat Palestin, termasuk 1,524 kanak-kanak dan 1,000 wanita terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza.




Media Baharu