fb fb fb fb fb

Bobby Charlton meninggal dunia

(Foto Manchester United)

LONDON, 22 Oktober- Pemenang Piala Dunia England dan legenda Manchester United, Bobby Charlton, telah meninggal dunia.

Menurut kenyataan salah seorang ahli keluarganya, mendiang meninggal dunia pada Sabtu di usia 86 tahun.

Charlton ialah anggota skuad England yang memenangi Piala Dunia 1966.

Beliau juga melalui era kehebatan di peringkat kelab bersama Manchester United, yang bergelar kelab England pertama menang Piala Eropah pada 1968. - AFP


(Foto Manchester United)

Media Baharu