BAITULMAQDIS, 22 Oktober - Kumpulan pejuang Hamas berkata rejim Israel enggan untuk menerima dua lagi pembebasan tawanan oleh kumpulan berkenaan.
Jurucakap sayap tentera Hamas, Abu Ubaida sebelum ini berkata bilangan rakyat Israel yang ditangkap ketika Operasi 'Ribut Al-Aqsa pada 7 November lalu adalah seramai 250 orang.
Menurut Abu Ubaida, seramai 200 tahanan dibawah pengawasan Briged Al-Qasam, manakala selebihnya di bawah pengawasan kumpulan pejuang Palestin yang lain.
Abu Ubaida dalam satu kenyataan ringkas pada Sabtu berkata, Hamas telah memaklumkan Doha bahawa kumpulan tersebut berhasrat bagi membebaskan dua lagi tahanan wanita atas dasar kemanusiaan dan tanpa sebarang pampasan.
Namun,menurut Pusat Maklumat Palestin, rejim Israel enggan menerima pembebasan dua tahanan berkenaan.
Dua tawanan tersebut dikenal pasti sebagai Nurit Yitzhak dan Yochved Lifshitz.
Seorang lagi pegawai Hamas, yang bertanggungjawab dalam hal ehwal tawanan, dipetik sebagai berkata kumpulan pejuang itu telah menawarkan untuk membebaskan dua tawanan wanita itu selaras dengan prinsip kemanusiaan.
Tambah Pegawai yang tidak disebutkan namanya itu "Orang awam bukan barangan untuk tawar-menawar. Sebaliknya kumpulan Hamas menekankan bahawa para tahanan akan dibebaskan pada waktunya apabila keadaan lapangan mengizinkan.
Terdahulu pada Sabtu, jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed al-Ansari memberitahu akhbar "German Welt am Sonntag" bahawa Doha percaya tawanan yang ditahan oleh Hamas dapat dengan dibebaskan segera kerana terdapatnya perbincangan berterusan antara kedua-dua pihak.
Operasi Ribut al-Aqsa kumpulan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 1,500 tentera Israel dan peneroka haram serta mencederakan lebih 4,800 yang lain.
Rejim Israel bertindak balas dengan melakukan pengeboman di Gaza tanpa henti yang setakat ini telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 4,385 orang, kebanyakannya orang awam.-PressTV.
(FOTO https://www.presstv.ir)