fb fb fb fb fb

Lonjakan kes - Thailand tingkatkan amaran COVID-19 kepada tahap empat

BANGKOK, 7 Januari - Thailand meningkatkan amaran COVID-19 daripada tahap tiga kepada tahap empat, sebagai usaha membendung jangkitan varian Omicron yang melonjak sejak awal tahun ini.

Bawah langkah itu, kerajaan mungkin menguatkuasakan peraturan lebih tegas.

Ini termasuk penutupan semula premis berisiko tinggi, sekatan terhadap perhimpunan awam dan perjalanan domestik.

Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam Dr. Kiattiphum Wongrajit berkata, bilangan kes baharu COVID-19
meningkat secara mendadak.

"Gelombang baharu COVID-19 telah melanda dengan kes baharu merebak dengan cepat. Bagi membendung penularan jangkitan, lebih banyak sekatan dan penarikan balik akan diumumkan", kata Dr Kiattiphum.

Semalam, Thailand melaporkan 5,775 kes harian dengan 11 kematian, peningkatan kira-kira 48 peratus berbanding Rabu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit, Dr Opas Karnkawinpong memberi amaran jumlah kes baharu COVID-19 boleh mencecah 10,000 sehari.

Sehubungan itu beliau menggesa orang ramai menangguhkan perjalanan yang tidak penting.

Media Baharu