fb fb fb fb fb

Dua kanak-kanak antara tiga terbunuh dalam serangan udara di Tigray

FOTO - UNHCR


ETHIOPIA, 7 Januari
- Tiga pelarian Eritrea, termasuk dua kanak-kanak, terbunuh dalam serangan udara yang mengenai kem pelarian di wilayah Tigray,

Kejadian berlaku di utara Ethiopia, kawasan pertempuran antara pasukan keselamatan kerajaan dan kumpulan pemberontak.

Pesuruhjaya Tinggi, Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), Filippo Grandi dalam satu kenyataan memaklumkan, empat lagi pelarian cedera, namun kini berada dalam keadaan stabil.

UNHCR sedang merawat mangsa, selain mengumpul dan mengesahkan butiran kejadian itu.

Dalam kenyatan tersebut, Grandi menegaskan, pelarian tidak sepatutnya menjadi sasaran.

Beliau mengulangi gesaan kepada semua pihak dalam konflik untuk menghormati hak orang awam termasuk pelarian.

Perang tercetus pada November 2020, apabila Perdana Menteri Ethipoia, Abiy Ahmed menghantar tentera ke Tigray selepas mendakwa parti pemerintah pembangkang wilayah itu, Barisan Pembebasan Rakyat Tigray (TPLF) melakukan serangan ke atas kem tentera persekutuan.

Pemenang Nobel Keamanan itu, mengisytiharkan kemenangan tetapi pejuang pemberontak membalas serta menawan semula sebahagian besar Tigray dan memberi tekanan ke wilayah berhampiran.

Pemberontakan dilaporkan menjangkau kira-kira 200 kilometer di luar ibu kota Addis Ababa.

Namun pada penghujung Disember mereka mengumumkan untuk berundur ke Tigray.

Media Baharu