BEIJING, 15 April- China dijangka mencatatkan pertumbuhan pada suku pertama kira-kira lima peratus dirangsang pengeksport yang mencari peluang untuk megelak tarif dari Amerika Syarikat (AS) lebih tinggi selain dibebani kelembapan penggunaan domestik, menurut penganalisis.
Sejak Presiden AS Donald Trump melancarkan serangan tarif global yang menyasarkan import China, ia memberi kesan hubungan antarabangsa ke atas Beijing dan Washington.
Pertukaran tit-for-tat menyaksikan levi AS dikenakan ke atas China meningkat kepada 145 peratus namun Beijing menetapkan tindak balas dengan 125 peratus ke atas import AS.
Namun kebimbangan perang perdagangan itu dilihat akan menjejaskan pemulihan ekonomi gergasi Asia itu, yang merasakan tekanan berterusan rendah dan krisis hutang pasaran hartanah.
Penganalisis meramalkan ekonomi nombor dua dunia itu berkembang 5.1 peratus dari Januari hingga Mac-- turun daripada 5.4 peratus berbanding suku sebelumnya.
Namun angka yang dikeluarkan pada Isnin menunjukkan eksport Beijing melonjak lebih 12 peratus pada Mac sekali gus menepis jangkaan.
Penganalisis mengaitkan perkara itu berlaku disebabkan pengenalan tarif pada 2 April.
Mereka juga menjangkakan pengenalan tarif akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi pada suku pertama.
Bagaimanapun, mereka memberi amaran bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mungkin akan terjejas berikutan pelaksanaan tarif AS kepada China.
"Ekonomi China menghadapi tekanan dalam pelbagai bidang, penyelesaian eksport semakin pudar apabila kenaikan tarif dari AS berkuat kuasa.
"Permintaan dalam negeri kekal lembap dalam keadaan pengangguran yang tinggi dan pasaran hartanah tersekat dalam pembetulan," kata ahli ekonomi di Moody's Analytics, Sarah Tan.
Menurut Ketua Ekonomi Asia Pasifik di Natixis, Alicia Garcia-Herrero suku pertama mungkin "agak baik", namun suku kedua dijangka "akan menjadi lebih teruk".
Perkara itu merujuk kepada "banyak eksport tambahan ke AS untuk mengelakkan tarif tambahan".
Peningkatan hasil dalam tempoh itu turut disumbang menerusi kepulangan berjuta-juta rakyat China ke kampung halaman untuk menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.- AFP