fb fb fb fb fb

Liz Truss sebagai PM Britain jika menang pilihan raya Parti Konservatif UK

LONDON, 5 September - Keputusan pemilihan untuk kepimpinan Parti Konservatif United Kingdom dijangka diumum hari ini, dengan Menteri Luar Britain Liz Truss menjadi pilihan yang jelas untuk mengetepikan Menteri Kewangan Rishi Sunak selaku pengganti Boris Johnson sebagai ketua parti dan Perdana Menteri.

Pelantikan pemimpin baharu itu dibuat ketika rakyat Britain berdepan krisis kos sara hidup paling teruk di Eropah, didorong bil elektrik yang dijangka meningkat lebih 200 peratus pada musim sejuk ini.

Truss dalam pada itu menggariskan pelan untuk mengatasi kenaikan harga dan meningkatkan bekalan tenaga, jika dipilih ke jawatan itu.

Beliau sebelum ini bertegas akan menangani kebimbangan ekonomi, mengulangi ikrarnya untuk menggalakkan pertumbuhan.

(FOTO REUTERS)

Truss mengakui beliau faham cabaran yang dihadapi rakyat.

Beliau juga berjanji akan membentangkan perancangannya dalam tempoh seminggu selepas dilantik sebagai Perdana Menteri.

Akhbar The Sunday Times melaporkan, pelan penyelamatan Truss dijangka menelan kos AS$115 bilion. - AFP

Media Baharu