fb fb fb fb fb

Gempa 6.6 magnitud gegar barat daya China

(Kesan Gempa di Sichuan pada 2008/Fail AFP)

BEIJING, 5 September- Gempa bumi berukuran 6.6 magnitud menggegar barat daya China pada Isnin, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Menurut USGS, gempa berlaku kira-kira 43 kilometer tenggara bandar Kangding, wilayah Sichuan pada kedalaman 10 kilometer.

Setakat laporan awal, tiada kemalangan jiwa atau kerosakan serius dilaporkan.

Gegaran turut dirasai di ibu kota wilayah berhampiran Chengdu – kawasan yang diletak bawah sekatan COVID-19 – dan bandaraya Chongqing, lapor penduduk kepada AFP.

“Saya merasa gegaran agak kuat,” kata Chen, seorang penduduk Chengdu. "Beberapa jiran saya di tingkat bawah berkata mereka turut merasa gegaran dengan jelas."

Penduduk Chongqing berkata gempa "agak kuat" menyebabkan lampu dan perabot di pangsapuri bergegar.

Gempa memang kerap berlaku di China, terutama di bahagian barat daya negara yang menyaksikan aktiviti seismik agak aktif.

Gempa berukuran 8.0 magnitud pada 2008 di Sichuan, daerah Wenchuan menyebabkan puluhan ribu penduduk terjejas dan kerosakan agak serius.

Pada Jun sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan cedera selepas dua gempa melanda bahagian barat daya China. -AFP


(Kesan gempa di Sichuan pada 2008/Fail AFP)

Media Baharu