fb fb fb fb fb

Penduduk pulau Nil sepakat tidak mahu berpindah

KAHERAH, 5 September - Penduduk di pulau Nil terpanggil untuk segera mencari juruukur, bagi mengukur kediaman mereka sebelum perintah merobohkan dikuatkuasakan.

Masyarakat Warraq di pulau tersebut, sebahagiannya terdiri daripada petani bersama menentang projek pembangunan di kawasan mereka, yang bakal memusnahkan kediaman penduduk.

"Beri kami sebahagian daripada pulau itu, walaupun ia berada di sebalik tembok.

"Kami tidak akan pergi," kata salah seorang penduduk berusia 30 tahun kepada AFP (meminta namanya dirahsiakan atas faktor keselamatan).

(FOTO AFP)

Mempunyai padang hijau, sistem pengairan yangh baik, Warraq terletak di muhafazat Giza dan menempatkan kira-kira 100,000 peduduk.

Menteri Perumahan Assem al-Gazzar telah melabel mereka yang menentang pembangunan sebagai "kuasa pemecah belah kejahatan".

Bagaimanapun penduduk tetap menentang dan tidak bersetuju dengan pembangunan yang akan dilaksanakan di tempat mereka.

"Kami membayar cukai kami, bil air dan elektrik kami, mengapa kami tidak mendapat manfaat daripada pembangunan pulau kami?" kata penduduk setempat. - AFP

Media Baharu