fb fb fb fb fb

Lima warga asing cuba gugat kestabilan Venezuela ditahan, ratusan senjata dirampas

Diosdado Cabello mengadakan sidang media di mengenai penahanan lima warga asing dan rampasan senjata di Caracas / FOTO AFP

CARACAS, 15 September- Tiga warga Amerika, dua warga Sepanyol, dan seorang warganegara Czech telah ditahan di Venezuela atas dakwaan merancang untuk menggugat kestabilan negara itu, kata kerajaan pada hari Sabtu, sementara Amerika Syarikat menafikan dakwaan Caracas bahawa mereka terlibat.

Tangkapan itu berlaku di tengah ketegangan yang meningkat antara Venezuela dengan Amerika Syarikat dan Sepanyol berhubung dengan pilihan raya presiden Venezuela pada 28 Julai, di mana pembangkang negara itu mendakwa Presiden Nicolas Maduro telah "mencuri kemenangan".

Menteri Dalam Negeri Diosdado Cabello berkata lima warga asing itu ditahan atas dakwaan merancang serangan terhadap Maduro dan pemerintahannya.

Cabello juga mendedahkan sekitar 400 laras senapang yang berasal dari Amerika Syarikat telah dirampas.

Awal minggu ini, Caracas telah memanggil pulang dutanya di Madrid untuk rundingan dan mengarahkan duta Sepanyol ke Venezuela hadir berbincang selepas seorang menteri Sepanyol menuduh Nicolas Maduro mengendalikan sebuah kerajaan kuku besi.

Venezuela juga marah dengan keputusan Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez bertemu dengan calon pembangkang Venezuela, Edmundo Gonzalez Urrutia yang melarikan diri ke Sepanyol setelah diancam dengan penangkapan oleh rejim Maduro.

Caracas juga terlibat dalam perang mulut dengan Amerika Syarikat, yang mengiktiraf Gonzalez Urrutia sebagai pemenang pilihan raya pada 28 Julai.

Maduro tetap menegaskan bahawa beliau telah memenangi penggal ketiga tetapi gagal mengeluarkan butiran terperinci undi untuk menyokong dakwaannya.

Pada hari Khamis, Washington mengumumkan sekatan baharu terhadap 16 pegawai Venezuela, termasuk beberapa orang dari pihak berkuasa pilihan raya, kerana menghalang "proses pilihan raya yang telus" dan tidak menerbitkan hasil yang tepat.

Venezuela mengecam langkah-langkah tersebut sebagai "jenayah pencerobohan" dan Maduro memberi penghormatan kepada empat pegawai tentera yang menjadi sasaran sekatan itu.- AFP

ah tersebut sebagai "jenayah pencerobohan" dan Maduro memberi penghormatan kepada empat pegawai tentera yang menjadi sasaran sekatan itu.- AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE