fb fb fb fb fb

Lima orang terbunuh, pesawat ringan rempuh hangar di Poland

(Jurucakap polis Warsaw, Sylwester Marczak ketika sidang
media berhubung kemalangan yang berlaku/Foto AFP)

WARSAW, 18 Julai- Lima orang maut, manakala dua parah dan lapan lagi cedera apabila sebuah pesawat ringan jenis Cessna 208 merempuh hangar sebuah lapangan terbang, di sini pada Isnin.

Pasukan penyelamat berkata ketika dirempuh, terdapat 13 lagi individu sedang berteduh di bawah hangar berkenaan berikutan ribut.

"Lima orang maut dan lapan lagi cedera, dua daripadanya parah," kata jurucakap polis Warsaw, Sylwester Marczak, sambil menambah juruterbang antara yang terbunuh.

Pesawat berkenaan jatuh di perkampungan Chrcynno, 47 kilometer dari Warsaw, iaitu sebuah lapangan terbang kecil yang terkenal dengan latihan payung terjun.

Jabatan bomba tempatan turut menyiarkan gambar menunjukkan ekor pesawat itu menonjol keluar dari hangar di laman Facebook.

Marczak berkata, pihak polis telah dimaklumkan mengenai kejadian sekitar 5.30 waktu tempatan dan segera melancarkan siasatan.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Poland, Adam Niedzielski menerusi kemas kini di Twitter memberitahu empat helikopter dan 10 ambulans telah dihantar ke lokasi kejadian.-AFP

(Keadaan pesawat ringan yang merempuh hangar
sebuah lapangan terbang di Warsaw/Foto AFP)

Media Baharu